Syurga Seafood di JUST SEAFOOD, Sunway Giza Mall, Kota Damansara | Nasi Lemak Cajun Seafood

Siapa tak suka makan? bohong! Hahaha untuk “Jalan Jalan Cari Makan Bersama Alja” food stop Alja kali ini, Alja makan di JUST SEAFOOD yang bertempat di Sunway Giza Mall, Kota Damansara. Untuk ke Just Seafood atau ke Sunway Giza, Korang boleh naik MRT then turun di Surian MRT Station (paling dekat dan senang)

Teringin seafood bukan satu masalah lagi. Tak perlu pergi bercuti ke tepi pantai, tepi laut hanya untuk menikmati keenakan seafood. Malah korang pun tak payah selam selam nak dapatkan makanan ni. Di Just Seafood semuanya serba serbi lengkap jika korang peminat makanan laut, disinilah tempatnya.

Alja minat makan dan peminat seafood, sudah tentu Alja tak akan lepaskan peluang untuk merasai sendiri makanan di JUST SEAFOOD ini. Memang kedai ini menjual semata-mata Seafood sahaja. Sebab itu Alja panggil Kedai Just Seafood ni Syurga Seafood. Rambang mata, Sotong, Udang, Ketam, Kepah semua besar besar. Boleh dikatakan puas makan dan kos untuk makan seafood untuk 2 orang dalam RM120 sahaja.

Dengan kedai yang bersih, environment yang tak bising, sangat sesuai untuk bawak sesis keluarga untuk menikmati makanan di Just Seafood ini. Parking pun tak susah untuk kesini sebab Sunway Giza Mall kan, jadi ada basement parking berbayar.

Terdapat 4 perisa yang Alja rasa disana, Satu lagi perisa ni mesti korang tertanya tanya kan ?

  • Original Cajun Style
  • Butter Cream Milk
  • Golden Salted Egg
  • Black Pepper Durian Cajun 

Tapi, ada satu Flavour tambahan iaitu, Durian? Rasa apa lah kan? Alja dah rasa sikittt, even sikit, bila sendawa terasa pekat durian. So for those yang suka dengan durian. U should try this flavourDurian Seafood! Sedap, macam makan durian dengan nasi. Mesti ada di antara awak semua yang pernah makan durian sahaja with nasi kan? So apa kata try this durian flavour. Confirm suka!

Durian Flavour

Di Just Seafood, Alja makan Nasi Lemak Cajun Seafood. Tapi ala ala shell out. Pinggan disediakan, nak makan atas paper yang disediakan pun boleh. Makan macam ni pun dah kenyang. Lebih kepada ratah lauk dengan harga yang ditawarkan, sangatlah berbaloi.

Flavour yang menjadi Best Seller bagi Restoran Just Seafood ini ialah Louisiana Cajun Style and Buttermilk Special Sauce tetapi Black Pepper Durian Cajun juga tidak kurang hebat dan di Just Seafood korang boleh order cendol atau pun Aiskrim kelapa sebagai Dessert.

Ah lapar pulak taip entri ni untuk tatapan korang dan simpanan sendiri supaya tak lupa pernah singgah di Just Seafood, Syurga Seafood gittew! hehe. Jom cuci mata lagi, Alja tunjuk beberapa gambar lagi untuk beberapa Flavour yang disediakan di Just Seafood.

Jangan risau kerana ianya Halal. Bahan-bahan pun dimasak menggunakan bahan yang sesuai untuk kita Muslim makan. Jadi Alja sangat Recommend korang untuk datang sini dan Try! Rajin rajin lah tengok Facebook page dorang, mungkin ada promotion. Just Seafood menerima pembayaran secara Tunai, Mastercard dan Visa, untuk RESERVATION,

JUST SEAFOOD, SUNWAY GIZA MALL, KOTA DAMANSARAADDRESS                  :   A-9-G, Sunway Giza Mall, Jalan PJU 5/14,
                                      Dataran Sunway, Kota Damansara, 47810,
                                      Petaling Jaya, Malaysia.
BUSINESS HOUR    : 12.00 pm- 10.30 pm (Mon – Sun)
NO. CONTACT         : 012 – 229 0855 or 03 – 6144 6366 (Reservation)
FACEBOOK             : JustSeafoodMY
EMAIL                      : info@justseafood.com.my

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
CAHAYA PERMATA